Senin, 30 Agustus 2010

Masa Yang Terbaik Untuk Melakukan Trading

Pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran seterusnya, tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita aplikasi segala strategi untuk trading. Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT 8).


Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:


Sesi Pasaran Asia ( 8AM - 5PM).
Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang berkaitan "Yen". USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai trading yang menguntungkan pada ketika ini.

Jumat, 27 Agustus 2010

Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya.


Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda.


Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian.

Rabu, 25 Agustus 2010

5 Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex

Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex


Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham, pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa.