Rabu, 01 September 2010

Tips Memilih Broker Terbaik

Pada artikel ini anda akan diterangkan bagaimana untuk memilih broker forex yang menepati kriteria yang sepatutnya diperlukan oleh seseorang trader.

Sememangnya sebelum anda memulakan urusniaga di forex, apa langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih broker forex. Dan sebagai seorang trader newbie, pastinya amat sulit untuk mengenal pasti broker forex manakah yang terbaik.

Tahukah anda apa itu broker forex?
Broker forex adalah individu / organisasi yang melaksanakan segala arahan jual beli yang trader lakukan. Spread yang dikenakan ke atas setiap order yang anda lakukan adalah salah satu daripada hasil yang di terima oleh broker ini.

Senin, 30 Agustus 2010

Masa Yang Terbaik Untuk Melakukan Trading

Pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran seterusnya, tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita aplikasi segala strategi untuk trading. Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT 8).


Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:


Sesi Pasaran Asia ( 8AM - 5PM).
Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang berkaitan "Yen". USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai trading yang menguntungkan pada ketika ini.

Jumat, 27 Agustus 2010

Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya.


Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda.


Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian.